Aku akui, semakin canggih sesuatu teknologi, semakin leka manusia dengan permainan dunia ini, Penularan penyakit berjangkit yang dialami oleh manusia pada zaman alaf baru ini semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh melata selepas hujan. antara penyakit yang sukar diubati adalah penyakit ‘ M’. Penyakit ini dipercayai boleh diubati sekiranya makanan rohani kita cukup !!! Persoalannya, bagaimana makanan rohani mahu mencukupi sedangkan manusia pada zaman ini lebih mementingkan makanan duniawi berbanding makanan rohani ??? Cuba kita berfikir kembali ??? berapa banyak makanan rohani yang kita berikan kepada diri kita ??? Kalau dapat sehari Kita Membaca Sepotong ayat suci al-Quran pun dah Kira bertuah La………Sejuk perut mak kita mengandungkan Kita ………Tak salah Bukan ? Kalau dapat kita semua berselawat sekali sehari ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ??? Bukan Kena bayar pun …Lagi diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Cuba kita tengok, betapa PEMURAHnya Allah SWT Kepada Kita…. Akhir kata, Ingatlah, “ Kita Beribadah Bukan Kerana Terpaksa Akan Tetapi Untuk Melahirkan Tanda Kesyukuran Kepada Allah SWT Kerana Kita Telah dikurniakan 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara………….” Maaf sekiranya , kata-kata ini ada melukakan hati anda semua. Ini bukan ceramah akan tetapi perkongsian bersama supaya aku dan anda tidak terus dibuai mimpi permainan dunia.
No comments:
Post a Comment