Malam
semakin beransur sepi namun Fatihah tidak juga bisa melelapkan mata.
Fikirannya jauh melayang mengenangkan peristiwa petang tadi. Sungguh, peristiwa itu langsung tidak terduga oleh
Fatihah.
” Fatihah! Fatihah turun, ada orang telefon Fatihah ni” jelas suara Puan Maisara memanggil Fatihah dari ruang tamu.
”Ye ibu,
Fatihah turun”. Fatihah yang baru bertelekung ingin menunaikan solat Asar turun ke ruang tamu sambil berlari-lari anak. Dalam fikirannya tentulah Farah sahabat baiknya yang menelefonnya pada waktu-waktu begini.
”Assalamualaikum, Farah ada apa telefon Fatihah ni. Fatihah baru habis mandi dan nak solat Asar. Nak ajak ke pantai ke ataupun Farah dah rindu kat Fatihah ye… baru tadi kita jumpa tak kan rindu kat Fatihah
kot?” lancar sahaja mulut Fatihah berbicara tanpa sedar si pemanggil tidak lagi bersuara.
”Hmm… Assalamualaikum Fatihah.” bagai gugur jantung, limpa, paru-paru dan hati Fatihah apabila satu suara yang ganjil menyapa gegendang telinganya. Kalaulah dikala itu si pemanggil dapat melihat reaksi Fatihah sudah pasti pecah perut dibuatnya. Manakan
tidak wajah Fatihah yang comel itu bertukar kemerah-merahan kerana
menahan malu atas kelancaran bahasanya menjawab panggilan telefon tanpa
sedar bukanlah Farah dihujung talian itu.
”Aaaa… Walaikummussalam. Eh, minta maaf awak salah nombor ke? Awak nak cakap dengan siapa ni? Saya kenal awak ke? Ada apa-apa boleh saya tolong?” Bertubi-tubi soalan Fatihah lontarkan buat si pemanggil. Inilah kali
pertama suara adam berani menembusi talian rumahnya dan berbicara dengannya. Fatihah seorang gadis manis dan lincah tetapi pemalu itu berasa sangat hairan dengan panggilan petang itu. Dia sedar bukanlah dirinya istimewa untuk didekati mana-mana lelaki. Dan paling penting sifat pemalunya itu menjadikan dia tiada rakan lelaki yang berani berbual mesra dengannya.
” Fatihah, saya minta maaf menganggu Fatihah waktu-waktu petang
ni. Saya Amar.” suara pemanggil itu sungguh jelas menyatakan namanya sehingga Fatihah terduduk di kerusi berhampiran meja telefon.
” Amar mana satu ni? Fatihah sedikit keras bersuara namun ada getar di bait bicaranya itu. Masih terkesima dengan panggilan seorang lelaki dan masih tidak percaya bahawa ada lelaki yang menelefonnya. Apa
yang paling memalukan Fatihah begitu lancar menerangkan situasinya yang baru lepas mandi dan ingin bersolat itu.
” Amar pelajar Tingkatan 6 Gemilang. Kita kan satu kelas bila waktu Tassawur Islam, Fatihah ingat tak?” lembut sahaja suara Amar menjelaskan situasi sebenar.
Ye, Fatihah kenal siapa Amar. Seorang lelaki pendiam dikelas dan dicop sebagai ulat buku kerana terlalu khusyuk dengan bacaan bila menghadap buku sehingga tidak sedar keadaan sekeliling bila buku ada didepan mata. Lelaki inilah yang selalu memperoleh markah yang tinggi dalam subjek Tassawur Islam dan Fatihah dalam diam selalu cuba menyainginya untuk memperoleh markah yang lebih baik dari Amar.
” Fatihah masih di sana ke?” terdengar gemersik lontaran suara Amar dihujung talian memanggil Aisyah.
” Ye, ye Fatihah masih di sini. Hmm ada apa Amar telefon Fatihah ni? Ada
apa-apa yang Fatihah boleh tolong?” Fatihah yang sedang bermonolog
sendiri sambil mengimbas segala ingatan jangka pendek dan ingatan
jangka panjangnya tentang Amar tersentak apabila suara gemersik Amar
memanggil namanya.
”Sebenarnya saya nak pinjam nota Fatihah. Nota yang cikgu Kamariah bagi pagi tadi. Saya tak sempat nak salin sebab ada perjumpaan perpustakawan. Itu pun kalau Fatihah tak keberatan nak bagi.”
”Oh, jadi Amar telefon ni nak pinjam nota ke? Hmm, boleh. Tapi kenapa tak cakap je tadi masa kat sekolah? Fatihah masih lagi mencari jawapan mengapa Amar menelefonnya dikala itu.
”Esok kalau Fatihah bawa nota tu bagi kat Hafiz ye. Nanti Amar ambil dari Hafiz, terima kasih Fatihah . Assalamualaikum.” tanpa memperdulikan soalan Fatihah, Amar terus meletakkan gagang.
Pagi itu Fatihah terlewat bangun untuk bersolat subuh. Badannya rasa tidak bermaya mungkin kerana kurang tidur. Ini semua gara-gara panggilan dari Amar petang semalam jika tidak tentulah Fatihah dapat tidur dengan nyenyak malam tadi.
” Fatihah kenapa tak turun lagi tu. Cepat nanti lambat pula ke sekolah. Ibu dah siapkan sarapan ni.” Puan Maisara hairan mengapa saat ini Fatihah tidak juga turun untuk bersarapan sedangkan selalunya Fatihah lah yang akan
bersama-sama membantunya menyediakan sarapan pagi.
”Ye, ye Fatihah turun ni ibu. Ibu, Fatihah rasa tak sedap badan la. Cuba ibu pegang dahi Fatihah” Fatihah bersuara manja apabila tiba dihadapan ibunya. Maklumlah anak tunggal. Bukan ibu dan ayahnya merancang tetapi akibat penyakit yang dihidapi oleh Puan Maisara menyebabkan dia
tidak lagi dapat melahirkan zuriat. Hanya pada Nur Fatihah sahaja kasih dicurahkan. Mujur kasih sayang suami isteri itu tidak disalah gunakan oleh Fatihah. Fatihah membesar sebagai seorang anak yang patuh dan sopan. Setiap pergerakan terkawal dan akhlak terpelihara. Aurat sentiasa dijaga agar maruah diri terbela. Itulah manisnya gadis yang bernama Nur Fatihah.
”Ala manja sangat anak ibu ni. Tak demamla. Fatihah tidur lambat ye? Janganlah belajar larut malam sayang. Nanti sakit kan Fatihah juga yang susah.” Gemersik suara Puan Maisara memberi nasihat.
”Ya,
ibu Fatihah tak buat lagi.” tiba-tiba hati Fatihah diterjah rasa
bersalah kerana membiarkan ibunya menyangka yang dia belajar lewat
malam sehingga menyebabkan dia berasa tidak sedap badan. Semuanya gara-gara Amar. Muhammad Amar Asyraf.
”Amboi, Fatihah jalan laju sangat macam kena kejar anjing ni kenapa? Tak tunggu Farah pun.” Farah sahabat baik Fatihah hairan dengan sikap Fatihah hari itu.
”Farah
maaflah Fatihah tak perasan. Fatihah ada benda nak bagitau Farah tapi
bukan sekarang sebab sekarang Fatihah nak jumpa Hafiz. Mari teman Aisyah jumpa Hafiz, tak manis pulak Fatihah pergi sorang-sorang”.
”Ada apa nak jumpa Hafiz? Farah sedikit kehairanan tapi langkah kaki turut diatur seiring Fatihah”.
”Hafiz, tolong beri nota ni pada Amar. Ok, assalamualaikum”. Hafiz
agak terkejut dengan kehadiran Fatihah ketika itu tidak sempat berbuat
apa-apa. Merupakan rakan baik Amar, Hafiz sudah sedia maklum tujuan
sebenar Amar meminjam nota daripada Fatihah itu hanya tersenyum.
” Fatihah macam mana kau boleh bagi pinjamkan nota kau pada Amar? sebelum ni aku tak pernah nampak kau bertegur sapa dengan Amar tu”.
”Petang semalam Amar telefon kata nak pinjam nota dari aku takkan tak nak bagi nanti dikatanya aku kedekut ilmu pula. Hal ni la yang aku nak bagitau kau tadi”.
”Ohh.. patutla tadi tergesa-gesa bukan main rupanya nak jumpa Amar. Eh, bukan Amar tapi Hafiz pulak. Kenapa tak bagi nota tu sendiri kat Amar?
”Farah, dah itu yang dipesan Amar, aku buat je la”.
”Hmm… agaknya Amar minat kat kau tak Fatihah”
” Hish, jaga mulut nanti orang dengar pulak. Farah kita ni belajar lagi tak layak untuk fikir yang bukan-bukan, matlamat kita datang sekolah kan nak tuntut ilmu. Betulkan niat kita Farah agar redha-Nya mengiringi setiap langkah kita”.
” Fatihah, rasa sayang, rindu dan cinta adalah anugerah Allah. Mana tau Amar tu dah dianugerah perasaan tu dan orang yang Amar ada perasaan tu adalah kau. Macam mana?”
” Hmm… macam ni lah biar Allah yang tentukan semuanya. Ok, aku nak pergi perpustakaan, kalau kau nak balik baliklah dulu”
”Aku memang nak balik awal ni Fatihah. Ibu aku nak aku jaga adik aku sebab ibu dengan ayah nak pergi rumah Pak Long aku.
” Oh, macam tu. Nanti aku balik aku singgah rumah kau ye, boleh aku jumpa Zaid adik kau yang comel tu. Lama tak jumpa dia rindu pulak aku nak cium pipinya yang tembam tu. Hehe, jangan marah ye, adik kau macam adik aku juga”.
”Boleh, aku tak kisah kongsi adik dengan kau tapi jangan kongsi suami pulak”.
”Kau ni sempat pulak nak kenakan aku, dah sudah tu jangan nak mengarut”.
Tinggal tiga bulan lagi sebelum menjelang peperiksaan STPM. Fatihah
dan Farah begitu tekun menelaah pelajaran di perpustakaan sehingga
selalu pulang lewat dan selama itulah Amar sering mencari peluang untuk
mendekati gadis manis yang bernama Nur Fatihah itu dengan alasan
meminjam nota. Kadang-kadang Amar sengaja memberi nota ringkas yang dibuatnya sendiri kepada Fatihah. Fatihah menerima baik segala pemberian Amar itu kerana baginya tidak salah berkongsi ilmu dengan cara begitu.
”Assalamualakum Fatihah. Terima kasih bagi Amar pinjam nota-nota Fatihah”. Suara gemersik Amar memecah keheningan perpustakaan pada petang itu.
Fatihah yang sedang tekun membaca buku sejarah agak terkejut
kerana itulah pertama kali Amar menegurnya di sekolah. Sebelum ini mereka hanya senyum apabila bertembung tanpa ada kata-kata yang mampu dilafazkan. Bukan
kerana sombong tetapi kerana batasan syariat yang mereka pelihara
disamping terdapat satu perasaan aneh antara mereka yang Fatihah
sendiri tidak pasti.
” Waalaikumsalam. Eh kenapa tak balik lagi? Selalu tak nampak pun awak kat perpustakaan waktu
petang macam ni.” merah muka Fatihah menahan malu kerana inilah pertama kali lelaki itu menegurnya secara terus. Selalunya mereka hanya berselisih sahaja tanpa bertegur.
”Sepatutnya saya yang tanya Fatihah sebab dah pukul 4.30 petang ni.”
”Eh, tak perasan pulak saya dah pukul 4.30. Awak
bertugas tutup perpustakaan ke?” hairan berbaur curiga soalan Fatihah
terhadap Amar kerana sebelum ni tak pernah pula nampak Amar pada waktu
petang-petang di perpustakaan.
”Hari
ni saya ganti Hafiz jaga perpustakaan sampai petang sebab dia ada
latihan bola sepak.” Amar menerangkan situasi mengapa dia berada
diperputakaan hari itu bagai mengerti saja apa yang bermain difikiranFatihah.
”Macam tu ke? Emm… kalau macam tu saya balik dulu la. Tak sedar waktu dah petang. Saya keluar dulu. Assalamualaikum.”
”Waalaikumsalam. Emm… Fatihah, terima kasih bagi pinjam nota ye.”
”Sama-sama.”
Fatihah berlalu pergi berpura-pura tenang sedangkan dalam hatinya seperti ada rama-rama yang berterbangan. Tasik hatinya berkocak maha hebat. Inilah
pertama kali dirinya berkeadaan sedemikian mungkin kerana teguran dari
Amar yang tidak diduga itu ataukah ada sebab lain? Subhana Allah, Kau
Maha Mengetahui…
” Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah…
Semoga berjaya dalam peperiksaan STPM..”
Sekeping kad kecil yang diletakkan di atas meja Fatihah begitu menarik perhatian.
”Siapa
pulak yang letak kad ni ye? Elok pulak kat atas meja aku. Tah siapa
punya agaknya, salah letak kot…” Fatihah membuat kesimpulan sendiri
dan pagi itu Fatihah begitu keliru dengan kad yang ada di atas mejanya
itu.
”Wah Fatihah dapat kad la, dari siapa tu?” Farah yang sebelum ni leka mengemas meja teus saja merampas kad dari pegangan Fatihah itu.
”Farah manalah aku kad siapa
tu. Sampai je tadi dah ada kat atas meja ni”.
”Kau
ada peminatlah Fatihah” begitulah telahan Farah namun tidak disambut
oleh Fatihah kerana Fatihah sibuk mengambil penyapu dan terus menyapu
kelas. Kebetulan hari itu mereka tiba awal.
”Alhamdulillah sudah selesai perjuangan kita dalam STPM kali ni.” Fatihah bersuara setelah kelihatan Farah berdiam diri sewaktu keluar dari dewan peperiksaan. Terdengar keluhan halus dari deruan nafas Farah menandakan dirinya tidak tenang.
”Kenapa ni Farah? Ada masalah ke?
”
” Fatihah, aku sedihlah. Hari ni hari terakhir kita bersama-sama di sekolah. Kita
tak akan dapat berdua lagi selepas ini. Kau dengan cita-cita kau ingin
menjadi guru dan aku akan meneruskan perniagaan ayah aku. Aku harap kita tetap jadi sahabat baik dunia dan akhirat.”
Menitis air mata Fatihah mendengar bait bicara sahabat baiknya itu. Namun inilah sebenarnya lumrah sebuah kehidupan yang perlu diterima.
Empat tahun kemudian…
”
Assalamulaikum, Amar di sini. Fatihah apa khabar?” inilah panggilan
Amar yang pertama setelah tidak lagi berhubung dengan Fatihah selama
empat tahun mereka terpisah meneruskan cita-cita masing-masing. Apa
yang Fatihah tahu setelah keputusan STPM keluar Amar meneruskan
pengajiannya di Mesir dan mereka tidak lagi pernah berhubung.
” Waalaikumussalam. Oh
Amar, ada apa telefon Fatihah?” walaupun agak asing panggilan itu namun
cuba dikawal perasaan itu agar tidak jelas didengar oleh sang pemanggil.
”Fatihah andai ini dinamakan takdir dan jodoh ingin saya melamar Fatihah menjadi zaujah yang menemani hayat saya. Sudikah Fatihah menerimanya? Selama ini saya mempersiapkan diri agar mampu menjadi seorang yang lebih sempurna sebelum
memiliki hati awak. Saya sedar khayalan tak menjanjikan kebahagiaan maka itu saya mencari realiti”
Terkesima
Fatihah dengan luahan itu namun hati Fatihah berbunga riang. Walaupun
ia sesuatu yang mengejutkan namun Fatihah sudah menjangkakan semua ini kerana Amar selalu hadir dalam mimpi-mimpi indahnya. Baginya cinta kurniaan Rabb adalah sesuatu yang maha suci. Dan cinta pada Amar telah lama sebati dalam jiwanya
walaupun selama ini tiada luahan mahupun harapan. Cuma
yang ada hanyalah sebuah impian dan berkat doanya agar dikuniakan
seorang lelaki soleh yang bakal menemani langkahnya kian termakbul
dengan kehadiran Muhammad Amar Asyraf sebagai adam yang dicipta
membimbing langkah Nur Fatihah.
********************************************************************************************
Bukanlah
mudah menjaga hati dari terlena dengan cinta sesama insan namun itulah
cinta, fitrah manusia yang perlu dipelihara dengan keimanan dan
ketakwaan agar fitrah ini sesempurna namanya dan sesempuna sifatnya…
note : Ni cerita sahabat aku yang berkemungkinan menyindir diriku..................(T_K)x